Memasak berpandukan resepi
Memasak berpandukan resepi
  • Kongsi

Jika anda sudah terbiasa makan makanan yang telah dihidang dan disediakan untuk anda, maka memasak merupakan satu perkara baru yang anda tidak biasa. Di sinilah gunanya mendapatkan resepi dari internet atau buku.

Setiap resepi akan memberikan cara-cara membuat sesuatu hidangan serta apa yang perlu dilakukan – daripada mengumpul dan menyediakan bahan, kepada cara memasaknya. Selalunya semua telah diterangkan secara mendalam di dalam resepi.

Walaupun resepi telah memberikan satu persatu cara menyediakan masakan, ramai yang masih ragu-ragu dan keliru dengannya. Ada yang tidak mendapat hasil yang dikehendaki, malah ada yang terus terhenti dan putus asa pada langkah pertama resepi.

Ini sedikit tips yang akan membantu anda dalam cara memasak menggunakan resepi.

Tahu terma penggunaan perkataan – Walaupun resepi  memberikan cara memasak, tetapi kadang-kala bukan mudah untuk dituruti.  Sesetengah resepi menggunakan perkataan yang biasa digunakan oleh pakar memasak seperti uli, adunan, cincang, dadu – ini mungkin sesuatu yang baru kepada mereka yang tidak pernah memasak.

Satu cara penyelesaiannya ialah menggunakan kamus. Anda boleh melihat maksud setiap perkataan yang anda keliru di dalam resepi.. Pastinya anda mendapat penjelasan melalui kamus.

Jika tidak mahu menggunakan kamus, anda boleh juga mencari resepi yang direka khas untuk yang baru belajar memasak.  Sestengah laman web atau buku menjelaskan maksud terma dan perkataan yang digunakan di dalam resepinya. Ada juga yang memberikan penerangan bergambar supaya lebih senang difahami.

Sediakan alat mengukur – ketepatan mengukur sangat penting dalam memasak. Jika tidak diukur dengan betul, kemungkinan masakan tidak menjadi seperti dikehendaki. Terlebih bahan perisa akan menjadikan hidangan terlalu masin atau manis. Terkurang bahan perisa akan membuatkan hidangan menjadi tawar. Oleh itu, ukur bahan-bahan dengan betul.

Jangan terburu-buru – hidangan sempurna tidak boleh disediakan dengan tergesa-gesa. Contohnya, biar daging mendidih selama sejam dan bukan 15minit sahaja. Rasanya jauh lebih sedap jika dibiarkan masak lama.

Masa memasak juga penting. Pastikan terdapat jam di dapur. Ini untuk senang merancang masa memasak agar tidak terkurang atau terlebih. Jangan terburu-buru dalam memasak jika ingin mendapatkan hasil masakan  yang sempurna.

 

 

 


Rujukan:
http://ezinearticles.com/?Tips-in-Cooking-With-a-Recipe&id=1288702
http://www.4showers.com/Store/media/RollingPinRecipeCardHolderMotherhood1.jpg

KOMEN AHLI