Allspice

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 2785

Bahasa Inggeris: Allspice
Scientific Name: Pimenta dioica


Allspice mendapat nama dari aromanya yang berbau seperti gabungan rempah-rempah  kayu manis, cengkih, halia, dan buah pala. Biji allspice kering kelihatan seperti biji lada hitam. Biji yang belum ranum dipetik dan dikeringkan di bawah cahaya matahari. Biji allspice berwarna coklat gelap dan kulitnya berkedut. Ia terdapat dalam bentuk biji atau serbuk.

Rempah ini popular dalam masakan Eropah, salah satu bahan penting untuk memerap dan membuat acar. Ia banyak digunakan pada daging. Secara tradisionalnya, allspice digunakan dalam kek, pai buah-buahan, puding ais krim, dan pai labu. Sesetengah kari India menggunakan allspice manakala di Timur Tengah pula ia digunakan dalam masakan daging dan nasi.

Tip:

Allspice boleh dijadikan pengganti untuk kayu manis, cengkih, atau buah pala. Untuk menggantikan allspice pula, gabungkan satu bahagian buah pala dengan dua bahagian masing-masing kayu manis dan cengkih.

allspice

 

 

 

 

 

Reference:
http://www.theepicentre.com/Spices/allspice.html
http://www.spiceandtea.com/images/osti_Products/AllspiceGround.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan