1326
Nama Saintifik: Centella asiatica
Nama Inggeris: Pennywort leaves
Pegaga ialah herba jenis merayap yang kecil dan hidup semusim. Batangnya jenis merayap dan melilit antara satu sama lain. Bunganya berwarna merah jambu kemerah-merahan, muncul dalam jambak kecil yang bulat
berhampiran dengan permukaan bumi. Akar pegaga terdiri dari rizom yang menjalar lurus kebawah. Pegaga dimakan mentah sebagai sayuran ulaman.
Pegaga dipercayai mempunyai khasiatnya sangat banyak:
> Untuk awet muda: daun pegaga dimakan mentah sebagai salad.
> Untuk mengurangkan tekanan darah tinggi : air rebusan pegaga diminum
> Sebagai tonik: air rebusan atau jus daun pegaga diminum
> Merawat luka ulcer: pupuk pegaga disapukan pada luka.
Rujukan:
[1] http://www.mardi.my/bdc/herba/bm/Pegaga.html
[2] http://www.organicindia.com/gotu-kola.php