Pucuk Manis

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 1749

Nama Saintifik: Sauropus androgynus
English: Sweet Leaves


Pucuk manis tidak asing lagi bagi masyarakat desa dan adalah sayuran tradisional yang sangat digemari. Pucuk atau daun yang masih muda biasanya disayur manis berencah ikan bilis bagi menambah rasa manis sayur ini. Daun muda juga sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya muda pula begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.

Sayur ini sering juga dimasak lemak dengan ubi keledek, cendawan sisir atau sayuran tradisional lain. Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap. Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal.

Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral. Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.

 

Rujukan:

[1] http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/HiasLaman/
[2] http://www.melur.taurus.mschosting.com/myherba.asp?plant_id=118
[3] http://www.malaysiabest.net/2006/09/25

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Mudah & Lebih Nilai
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan