Cili Merah / Cili Hijau

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 6962

Nama Inggeris: Red Chili / Green Chili

Walaupun cili hijau / cili merah selalu dianggap sebagai sejenis sayuran, namun kegunaannya dalam masakan lebih kepada sebagai rempah. Cili ini dimakan mentah atau dimasak untuk mendapatkan rasa pedasnya yang tertumpu di hujung kulit kerasnya yang mengandungi bijian. Di hujung batang kulit keras ini terdapat kelenjar yang menghasilkan capsaicin, dan mengalir melalui kulit kerasnya. Tisu putih yang mengelilingi bijian benih cili mempunyai kandungan capsaicin yang tertinggi. Jika bijian dan membran dalaman dikeluarkan, ia dapat mengurangkan rasa pedas cili.

Sayuran ini adalah salah satu cara terbaik untuk menambahkan rasa ke dalam masakan tanpa menambahkan kalori ataupun lemak. Ia menjadi sumber vitamin A, C, E dan potassium bergantung pada warna dan variasinya.

cili-merah-hijau

 

Rujukan:

[1] http://www.lesliebeck.com/recipe_detail.php?id=738
[2] http://www.lesliebeck.com/images/featured_foods/chili3.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Mudah & Lebih Nilai