663
Yis juga dikenali dengan nama ibu roti, iaitu sejenis organisma hidup dalam keluarga kulat (fungus) yang memerlukan udara, kelembapan dan gula untuk hidup. Yis digunakan dalam pembuatan roti, pau dan kuih-muih. Di pasaran ada dijual yis kering dan juga yis basah. Penggunaan yis kering dan yis basah berbeza sukatannya. Yis kering selalunya digunakan separuh daripada yis basah. Antara jenama yis kering yang popular adalah Mauripan.

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Yis
http://www.cuisineonline.pk/tips/active-yeast-vs-compressed-yeast/
http://www.cuisineonline.pk/wp-content/uploads/2010/10/yeast.jpg