Bijan

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 2396

Nama Inggeris: Sesame

Bijiran bijan adalah bijian benih leper yang dituai pada peringkat awalnya untuk minyak berperisa kacangnya untuk digunakan dalam masakan. Pada peringkat kemudiannya, ia dituai untuk bijirannya yang digunakan sebagai bahan perasa dalam makanan. Walaupun berbeza warna, setiap variasi mempunyai rasa yang serupa memberikan rasa kekacang yang sederhana manis. Untuk meningkatkan rasa perasa ini, bijiran bijan sering dipanggang atau digoreng dalam minyak panas sebelum dicampurkan dengan makanan lain.

Bijiran ini digunakan sebagai bahan hiasan untuk roti, biskut, kek dan ‘rolls’. Bijiannya pula digunakan dalam kuah sos, bahan adunan, nasi pilaf (masakan Arab), makanan bergula dan sesetengah masakan gorengan Asia. Bijiran ini juga selalu digunakan dalam kuah pencicah. Disebabkan kandungan minyaknya yang tinggi, bijiran bijan tidak dapat tahan lama di bawah suhu yang tinggi tanpa bertukar menjadi rosak.

sesameseed

 

 

 

 

Reference:
http://www.recipetips.com/glossary-term/t--34356/sesame-seed.asp
http://www.all-creatures.org/recipes/images/i-sesameseeds.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Mudah & Lebih Nilai
Rasa Asli Kari Sejati