Rosemary

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 6438

Nama Saintifik : Rosmarinus officinalis

Rosemary ialah herba berbau harum dengan daun berbentuk jarum. Ia berasal dari Mediterranean. Ia banyak digunakan dalam masakan tradisional Mediterranean. Rasanya sedikit pahit dan tajam, tetapi sesuai dengan pelbagai jenis makanan. Apabila dimasak, ia mengeluarkan bau seolah mustard. Ia turut digunakan untuk menambah perisa kepada bbq.

Rosemary mempunayi rasa unik dan kuat, yang membuktikan bahawa herba tidak semestinya sesuai untuk sup atau sayur sahaja. Ia mempunyai rasa seperti pudina tetapi lebih manis, dengan sedikit sentuhan halia. Hanya sedikit penggunaannya dan ia mampu membangkitkan rasa pastri atau sos.

Rasanya sesuai dengan ayam, ikan, daging lembu, dan daging kambing. Rosemary menaikkan rasa tomato, bayam, kacang sepat, cendawan, keju, telur, dan ia sering digabungkan dengan herba lain seperti daun kucai, thyme, pasli, dan daun bay. Ia menambahkan perasa sup kentang dan terung, serta untuk perap, salad, dan sos.

Kedua-dua bunga dan daun rosemary boleh digunakan untuk menghias atau memasak. Hancurkan atau cincang daunnya sebelum ditabur atau digaul bersama makanan.

Rosemary kaya dengan zat besi, kalsium, dan Vitamin B6.

Tahukan Anda?
Nama 'Rosemary' tidak ada kena mengena dengan bunga ros atau nama Mary, tetapi dia berasal dari nama Latin 'Rosmarinus'. Ros bermaksud embun dan Marinus bermaksud laut. Ini kerana Rosemary banyak tumbuh berdekatan laut.

Rosemary

 

 

Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Rosemary
http://www.theepicentre.com/Spices/rosemary.html
http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Rosemary_white_bg.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!