Asam Jawa

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3812

Nama Saintifik: Tamarindus indica
Nama Inggeris: Tamarind


Asam Jawa digunakan di Asia Selatan untuk menambahkan rasa masam ke dalam masakan seperti kuah sos, kari, nasi, minuman, serta pencuci mulut. Ia dibeli dalam bentuk asalnya (segar dan mentah), dalam bentuk adunan (pes), atau dimampatkan menjadi ketulan yang manis. Adunan (pes) asam jawa digunakan sebagai bahan pemasam di mana rasanya lebih tulen berbanding cuka atau perahan limau.

Asam jawa sama ada yang sudah masak atau belum (muda) memberikan rasa masam-masam manis kepada masakan Asia Selatan termasuk daging, nasi dan sayur-sayuran. Buah asam jawa yang belum masak serta berwarna hijau digunakan untuk memberikan rasa yang masam manakala yang masak pula digunakan untuk membuat jus, manisan dan juga makanan ringan.

asam-jawa

 

 

 

Rujukan:

[1] http://www.theepicentre.com/Spices/tamarind.html
[2] http://www.plantcultures.org/plants/tamarind_food.html
[3]
http://www.gourmetsleuth.com/images/tamarind_sm.jpg

 

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Mudah & Lebih Nilai
Rasa Asli Kari Sejati