3307
Nama Saintifik: Pisum sativum
Nama Inggeris: Pea
Kacang sepat, walaupun dianggap sebagai sejenis sayuran di dalam masakan, namun secara botaniknya ia merupakan sejenis buah. Ia digunakan sebagai sayuran segar, beku, atau ditinkan. Ia turut diusahakan untuk menghasilkan kacang sepat kering seperti split pea, bijian kacang sepat yang telah dikeringkan dan dipotong. Kacang sepat selalunya direbus atau stim untuk memecahkan dinding-dinding selnya dan membuatkan rasanya lebih manis serta nutrisinya lebih ‘mesra bio’. Ia lebih sesuai dimakan ketika kacang ini belum matang dan sejurus selepas ia dipetik. Kacang ini juga boleh dipanggang dan dimasinkan untuk dimakan sebagai snek makanan ringan.

Rujukan:
[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Pea
[2] http://www.global-b2b-network.com/direct