Cendawan Butang

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 6071

Bahasa Inggeris: Button Mushroom
Nama Saintifik: Agaricus bisporus

Cendawan butang ditanam dan dijual di serata dunia. Ia boleh didapati secara segar, dikeringkan, atau dalam tin. Rupanya seperti cendawan klasik, dengan batang pendek yang tebal dan ’bertopi’ putih.

Cendawan butang yang berwarna coklat selalu digelar ’cendawan crimini’. Rasanya lebih asli dan gemar digunakan oleh tukang masak untuk menambahkan kompleksiti kepada masakan. Apabila dibiarkan tumbuh lebih besar, cendawan butang dijual dengan label ’ cendawan portobello’. Cendawan portobello selalunya besar, dengan rasa kaya yang selalu dipadankan dengan daging.

Cendawan butang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Cendawan butang yang segar paling sesuai untuk pizza, salad, masakan bergoreng dan berkuah. Cendawan butang yang dikeringkan pula sesuai untuk masakan berkuah dan sebagai inti. Hakikatnya, tiada batasan untuk menggunakan cendawan butang dalam masakan, kerana ia sesuai untuk semua jenis masakan.

button-mushroom

 

 

 

 

Rujukan:
http://www.wisegeek.com/what-is-a-button-mushroom.htm
http://www.21food.com/userImages/guobinfood/guobinfood$1016144726.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Resepi Sihat Yang Berkhasiat!
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!