1401
Nama Inggeris: Baby Carrot
Lobak Putik adalah lobak-lobak kecil yang dikutip dari akarnya. Lobak yang tidak matang ini menjadi pilihan sesetengah orang kerana mempunyai rasa, tekstur dan nutrisi yang lebih baik dari lobak biasa. Lobak yang kecil ini bertahan teksturnya dalam masakan bergoreng, namun cepat dilembutkan untuk kek dan biskut-biskut, serta memberikan warna dan rasa rangup ke dalam salad, sup dan stew.
Tambahkan segenggam lobak ini ke dalam sup, dan masak hingga cukup lembut untuk memberi rasa yang lebih sihat dan berkhasiat. Untuk menambahkan ke dalam ramuan kek dan doh biskut: Lembutkan lobak ini di dalam gelombang ketuhar dengan dicampurkan sedikit air, kemudian keringkan dan tambahkan ke dalam ramuan atau doh untuk memberi lebih rasa manis, tekstur dan lembapan.

Rujukan:
[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Baby_carrot
[2] http://recipes.howstuffworks.com/baby-carrot-tips.htm
[3] http://starbulletin.com/2007/05/09/features/art1b.jpg