Gula Perang

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 10090

Bahasa Inggeris: Brown Sugar

Gula perang ialah gula putih yang digabungkan dengan molasses, yang menjadikan teksturnya lembut. Gula perang selalunya terdapat dalam bentuk perang gelap dan perang cerah. Secara amnya, lebih cerah warnanya, lebih sedap rasanya. Gula perang yang gelap mempunyai rasa molasses yang lebih. Gula perang terdapat dalam bentuk cecair dan serbuk kasar.

Gula perang boleh ditabur ke atas pencuci mulut atau buah-buahan, dan boleh djadikan  pemanis minuman seperti teh. Gula perang demerara akan melambatkan proses pembangkitan yis dalam doh ketika membakar kek dan pastri, sama seperti madu. Walaubagaimanapun, ia sangat sesuai dalam roti kerana memberikan warna perang cerah sekata dan rasa yang manis.

Gula perang boleh menggantikan gula putih, menjadikan kek dan pastri lebih rasa dan tidak kering. Jika resepi kek memerlukan gula perang, gunakan gula perang lembut, dan apabila mengukur, tekankan supaya ia memenuhi cawan mengukur.

brown-sugar

 

 

 

 

 

Reference:
http://www.recipetips.com/glossary-term/t--33087/brown-sugar.asp
http://www.recipezaar.com/library/getentry.zsp?id=375
http://www.cinnaboncereal.com/Images/Brown-sugar-scoop-B.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Rasa Asli Kari Sejati
Resepi Sihat Yang Berkhasiat!