3558
Nama Inggeris: Curry Powder
Serbuk kari adalah campuran lebih daripada 20 rempah dan herba yang dikisar bersama. Antaranya ialah cili, pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, daun ketumbar, jintan putih, jintan manis, halba, buah pala, lada, kas-kas, bijiran bijan, saffron, asam jawa dan kunyit (yang memberikan warna unik keemasan).
Walaupun bahan utama adalah sama namun setiap pengguna mempunyai komposisi adunan tersendiri. Oleh itu rasa serbuk ini sering berlainan. Lebih elok kualiti bahan, lebih eloklah rasanya dan hidangan yang menggunakannya. Disebabkan perbezaan itulah, terjadinya pelbagai jenis serbuk kari dengan rasa yang unik dan bersesuaian dengan asal-usul terhasilnya serbuk ini.
Ia dicampurkan ke dalam masakan bersama-sama rempah lain untuk menambahkan rasa. Walaupun namanya serbuk kari, namun ia tidak mengandungi daun kari langsung.
Rujukan:
http://indianfood.about.com/od/frequentlyaskedquestions/f/curryfaq.htm
http://www.recipezaar.com/library/getentry.zsp?id=487
http://www.21food.com/userImages/meiquan/meiquan$122104011.jpg