Buah Pala

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3438

Nama Saintifik: Myristica fragrans
Nama Inggeris: Nutmeg


Apabila buah pala masak, perikapnya yang berwarna kuning akan terbelah dua mendedahkan biji berwarna perang keungguan dan berkilat. Biji ini diselaputi dengan arul yang dipanggil mace dan berwarna merah terlekat pada pangkal biji. Bahagian perikapnya terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, namun ia boleh diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala.

Biji dan aril (atau mace) boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari mace digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya untuk memberi perisa kepada sos dan kicap. Hasilan dari biji pala ini digunakan sebagai rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek, dan masakan yang menggunakan susu.

Kedua-dua biji dan aril buah pala mengandungi minyak pala yang mempunyai perisa yang berbeza. Minyak yang bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh dihasilkan daripada biji pala. Minyak ini digunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan minyak wangi.

\"buah-pala\"

 

 

 

 

Rujukan:

http://www.mccormick.com/content.cfm?id=8220
http://www.theepicentre.com/Spices/mace.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Nutmeg
http://www.herbs2000.com/images/herbs_nutmeg.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!