4118
Nama Inggeris: Tomato Puree
Tomato puri adalah tomato yang telah dimasak untuk tempoh yang sekejap dan kemudiannya dikeringkan. Ia menghasilkan kuah sos yang pekat yang digunakan untuk menambah rasa, warna dan tesktur ke dalam sos. Tomato puri yang dikomersialkan boleh didapati dalam tin atau tiub.
Jika mencampurkan tomato puri ke dalam masakan, hendaklah berhati-hati kerana jika terlebih, ia boleh menenggelamkan rasa yang sedia ada atau membuatkan rasa menjadi masam. Perbezaan antara tomato puri, tomato pes dan tomato sos adalah teksturnya dan kepekatan rasanya. Lebih pekat campurannya maka lebih kuat lah rasanya. Tomato pes adalah yang terpekat, kemudiannya tomato puri dan tomato sos adalah yang ter ‘halus’.

Reference:
http://www.recipetips.com/glossary-term/t--34806/tomato-pur%e9e.asp