Paprika

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 5826

Paprika ialah serbuk rempah berwarna coklat kemerahan yang dikisar dari cili yang telah dikeringkan. Ia menjadi bahan perasa manis, sederhana, atau pedas. Dua jenis paprika yang paling berperisa adalah Hungarian dan Spanish.

Paprika Hungarian diklasifikasikan sebagai yang paling kuat rasanya. Samada dalam serbuk kasar atau halus, ia boleh didapati dalam perisa manis atau pedas. Ia sesuai dalam masakan yang kuat rasanya, sos, dan inti. Ia boleh digunakan bersama krim masam, mee, daging, dan sayuran.

Paprika Spanish pula berbeza dari segi ia dihasilkan dan diproses. Paprika Spanish diperbuat dari cili  yang manis atau pedas, dan dikeringkan dengan asap dari arang kayu. Ia sesuai dengan masakan yang menggunakan telur, kacang, kentang, dan daging bakar atau panggang. Ia dihasilkan dengan rasa manis, pahit manis, dan pedas. Gunakan Paprika Spanish secara sederhana kerana ia boleh mengatasi rasa masakan jika digunakan terlebih. Paprik Spanish yang pedas boleh dimasukkan ke stew, cili, atau kari.

Paprika bukan sahaja menambah perisa memberikan warna kepada beberapa masakan. Ia sesuai ditaburkan kepada telur dadar dan kentang bakar bersama krim masam. Untuk menambahkan kekuatan rasanya, tambahkan sedikit serbuk lada merah / lada cayenne. 

paprika

 

 

 

 


Reference:
http://www.recipetips.com/glossary-term/t--33640/paprika.asp
http://www.herbospiceperu.com/ingles/images/paprika-molida.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Mudah & Lebih Nilai
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan