Serbuk Roti

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 8333

Bahasa Inggeris: Bread Crumbs

Serbuk roti digunakan untuk menyalut makanan, sebagai inti, memekatkan stew, dan menambahkan isi kepada burger dan kuih ikan. Serbuk roti kering diperbuat dari roti yang sangat kering, digunakan untuk membuat salutan rangup kepada makanan bergoreng. Serbuk roti lembut/segar pula diperbuat dari roti yang tidak terlalu kering, menjadikan serbuknya sesuai menjadi salutan lembut atau sebagai inti. Di dalam resepi, jangan samakan penggunaan serbuk roti kering dan serbuk roti lembut/segar.

Hampir kesemua jenis roti boleh digunakan untuk membuat serbuk roti, tetapi roti yang paling sesuai ialah roti Perancis yang rangup. Walaupun serbuk roti ada dijual di pasaraya, sebenarnya adalah sangat senang untuk membuat serbuk roti sendiri di rumah.

breadcrumbs

 

 

 

 

Reference:
http://www.foodsubs.com/Crumbs.html
http://www.bigoven.com/whatis.aspx?id=Bread%20crumbs
http://www.lostbuttonstudio.com/images/breadcrumbs.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Mudah & Lebih Nilai
Rasa Asli Kari Sejati