2017
Nama Saintifik: Averrhoa carambola
Bahasa Inggeris: Starfruit
Belimbing mempunyai rasa segar, masam dan manis. Kulitnya tidak perlu dikupas sebelum dimakan, tetapi hujungnya yang keras patut dipotong buang. Buah yang tidak masak sangat masam dan digunakan untuk menambah rasa masam kepada beberapa hidangan. Ia sesuai dimakan separuh masak, dicicah atau ditabur dengan garam. Bukan sahaja belimbing sedap dimakan sebagai snek, ia menggantikan kandungan air dalam badan yang hilang ketika musim panas. Buah yang sudah masak sesuai untuk dijadikan minuman.
Beli belimbing yang berwarna hijau samada untuk dimasak atau dimakan mentah, dan biarkan ia masak. Ramai gunakan buah yang sudah bertukar warna menjadi kuning kehijauan untuk dibuat jus. Buah yang sudah berwarna jingga kekuningan kurang masam, tetapi tidak mempunyai rasa belimbing sebenar.

Rujukan:
[1] http://www.asiafood.org/glossary_1.cfm?alpha=S
[2] http://www.makantime.com/ingredientguide/index.htm
[3] http://bp1.blogger.com/_jNEF4gLMMks/RvxH5be-gfI/