6114
Nama Saintifik: Thymus vulgaris
Thyme dikatakan sebagai salah satu herba penting dalam masakan negara Perancis. Ia digunakan untuk menambah perisa daging, sup, dan stew. Thyme sesuai dengan daging kambing, daging lembu, ayam, ikan, sosej, stok, roti, mentega, mayonis, cuka, mustard, dan kekacang. Gunakan bersama tomato, bawang besar, timun, lobak merah, terung, cendawan, kacang hijau, brokoli, kentang, bayam, jagung, keju, telur, dan nasi. Rasanya sebati dengan lemon, bawang putih, dan basil.
Thyme dijual secara segar dan kering. Thyme segar lebih berperisa tetapi hanya mampu bertahan selama seminggu. Walaupun berperisa, thyme tidak mengubah rasa masakan dan dapat sebati dengan herba dan rempah lain. Thyme kering adalah lebih mudah disimpan, dan ia tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak dalam masakan.
Thyme ialah sumber zat besi yang baik.
Tahukah Anda?
Nama Thyme berasal dari perkataan Grik yang bermaksud 'untuk membersihkan'. Akan tetapi, ramai juga yang mengatakan nama Thyme berasal dari tempat-tempat lain yang bermaksud keberanian, pengorbanan, dan lain-lain yang dikaitkan secara tradisional.

Rujukan:
http://www.theepicentre.com/Spices/thyme.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Thyme