Daun Selaseh / Kemangi

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3136

Nama Saintifik: Ocimum basilicum
Nama Inggeris: Basil Leaf


Daun selaseh atau kemagi adalah daun kering daripada pokok herba, Ocimum basilicum, salah satu saudara daripada keluarga pudina. Daun ini mempunyai rasa hampir serupa dengan bunga lawang, dengan aroma yang manis yang tajam atau menusuk. Daun ini sesuai digunakan ketika segar. Untuk mengekalkan rasa segarnya, daun selaseh dimasukkan ke dalam masakan di saat akhir kerana rasanya boleh pudar.

Rasanya yang manis dan segar elok digunakan di dalam masakan sup dan stew, sebagai bahan perapan, bahan campuran untuk masakan ternakan, dan kuah sos. Apabila dicampur pada waktu terakhir ketika memasak, daun selaseh dapat meningkatkan rasa masakan sayuran. Aromanya yang seakan cengkih, dan kebolehannya meresap, menyebabkan daun ini sesuai untuk tomato hingga digelar ‘daun herba tomato’. Ia juga sesuai digunakan bersama terung, zucchini (labu bulu), labu dan bayam.

Petua

Elakkan membeli daun selaseh/kemagi yang sudah layu atau mempunyai tanda hitam di daunnya.

Daun selaseh/kemagi elok diguna dalam bentuknya yang asal atau dikoyak-koyakkan; kebanyakkan tukang masak akan melarang daun itu dipotong dengan pisau kerana ia boleh membuat aromanya terurai.

daun-selaseh

 

 

 

 

Rujukan:

[1] http://www.theepicentre.com/Spices/basil.html
[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Basil
[3] http://www.assuredproduce.co.uk/resources/000/149/305/basil_main.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan