Tepung Jagung

oleh: TryMasak | komen: 1 | Tontonan 11506

Nama Inggeris: Cornflour

Tepung jagung dihasilkan daripada kanji isi jagung. Serbuk atau tepung yang dihasilkan adalah kanji semata-mata dan tidak mengandungi gluten oleh itu ia memiliki ciri-ciri yang bebas ketulan. Tepung jagung tidak mempunyai rasa dan sangat berguna sebagai bahan pekat, kerana mempunyai ciri-ciri kepekatan yang lebih tinggi berbanding tepung yang lain.

Ia sering digunakan untuk memekatkan kuah sos, gravy, puding dan juga gorengan. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan tambahan atau pengganti kepada tepung kek untuk masakan yang memerlukan tepung kek. Sedikit tepung dicampurkan dengan sedikit air sejuk untuk membuat pes yang elok. Ia harus dikacau dengan segera saat ia dimasukkan ke dalam periuk kerana ia tidak akan tahan lama.

tepung-jagung

 

 

 

 

 

 

Reference:
http://www.asiafood.org/glossary_1.cfm
http://www.recipetips.com/kitchen-tips/t--1022/grain-products-corn.asp
http://www.21food.com/userImages/prbusiness/prbusiness$827155754.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Rasa Asli Kari Sejati