Sos Barbeku / BBQ

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 11363

Bahasa Inggeris: Barbecue / BBQ Sauce

Sos Barbeku/BBQ ialah cecair sos yang terdapat dalam tekstur berair hingga pekat. Ia digunakan dalam makanan yang dibakar atau dibarbeku. Ia boleh digunakan pada apa jua makanan, tetapi selalunya diletakkan pada daging semasa atau selepas dibakar, dibarbeku, atau dipanggang. Secara tradisionalnya, sos barbeku adalah penambah perisa kepada daging lembu dan ayam. Ia kurang digunakan sebagai pencicah masakan bergoreng seperti kentang goreng. Ia juga kadang-kala menjadi pengganti kepada sos tomato untuk membuat pizza berperisa barbeku.

Sos barbeku samada menggabungkan bahan-bahan yang masam, manis, dan berempah, atau menumpukan kepada satu rasa khusus. Bahan-bahannya berbagai, namun biasanya ialah pes tomato, cuka, rempah, dan pemanis. Ia mempunyai pelbagai variasi bergantung kepada resepi tradisional dari kawasan berlainan.

Tips:
Jika menggunakan sos barbeku untuk memerap atau ketika membakar, elakkan yang mengandungi banyak tomato atau gula. Bahan tersebut cepat terbakar dan boleh mengubah rasa daging.

bbq-sauce

 

 

 

 

 

Reference:
http://en.wikipedia.org/wiki/Barbecue_sauce
http://www.bbqrecipesecrets.com/bbqsauce.html
http://www.megabbq.com/wp-content/uploads/2008/03/bbq_sauce.JPG

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Mudah & Lebih Nilai
Resepi Sihat Yang Berkhasiat!