Kacang Botor

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 2540

Nama Saintifik: Psophocarpus tetragonolobus
Nama Inggeris: Winged Bean


Kacang botor adalah tumbuhan kekacang Tropika. Kacang ini tumbuh seperti pokok anggur di mana batang dan daunnya memanjat. Permukaan kulitnya seperti lilin dan sebahagian isinya yang lutcahaya, terletak di dalam lenggai yang muda. Apabila lenggai sudah ranum, ia bertukar warna menjadi coklat abu dan terbuka melepaskan bijiannya.

Lenggai yang lembut adalah bahagian tumbuhan ini yang sering dijadikan makanan. Rasa kacang botor menyerupai rasa asparagus. Kacang botor dijadikan sayuran tetapi bahagian pokok yang lain (daun, bunga dan akar) juga boleh dimakan. Setiap bahagian kacang botor adalah sumber vitamin A dan juga vitamin yang lain.

Tahukah Anda?

Bunga pokok ini sering dijadikan pewarna untuk nasi dan juga kuih-muih. Pucuk muda boleh dipetik dan dijadikan sebagai ulaman. Akarnya pula dijadikan sayur berumbi, dan mempunyai rasa kekacang yang kaya dengan protein. Benih atau bijian yang dikeringkan boleh dijadikan sebagai tepung dan juga untuk membuat minuman seakan kopi.

\

 


Rujukan:

[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Winged_bean
[2] http://img.photobucket.com/albums/v139/kuehlapis/4angledeans.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Rasa Asli Kari Sejati