Minyak Bijan

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 6066

Nama Inggeris: Sesame Oil

Minyak bijan dihasilkan daripada bijiran bijan dan terdapat dalam variasi pekat dan cair. Minyak bijan cair dihasilkan daripada bijiran yang tidak dipanggang, memiliki rasa kekacang yang sederhana dan sering digunakan dalam masakan India. Variasi pekat pula dihasilkan daripada bijiran bijan yang dipanggang, berwarna merah bara, beraromatik dan mempunyai rasa kekacang yang kuat. Minyak bijan dari Asia memperolehi warna merah bara gelap dan rasa kekacang dari bijiran bijan yang diulit, sebelum dipanggang dan diletakkan di bawah tekanan tinggi.

Ia digunakan dalam hidangan sebagai penambah rasa dan hanya sedikit serta bukan sebagai bahan masakan. Minyak bijan banyak digunakan dalam masakan Asia sebagai kuah salad, perapan dan berbagai lagi. Minyak ini mempunyai kadar pembakaran yang rendah oleh itu ia tidak sesuai digunakan untuk menggoreng.

 

sesame_oil

 

 

 

 

Ref:
http://www.asiafood.org/glossary_1.cfm?
http://www.recipetips.com/glossary-term/t--34355/sesame-oil.asp
http://www.gourmetsleuth.com/equivalents_substitutions.asp?index=S&tid=2811
http://www.recipetips.com/glossary-term/t--34355/sesame-oil.asp

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!