Timun

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 2979

Nama Saintifik: Cucumis sativus
Nama Inggeris: Cucumber


Timun berbentuk panjang dan bujur serta tumbuh secara menjalar. Ia dari keluarga yang sama dengan labu. Kulitnya berwarna hijau gelap manakala isinya berwarna hijau terang dengan kadar lembapan yang tinggi. Kulitnya boleh dimakan seperti mana isinya tetapi boleh juga dikupas buang jika mahu. Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan saiz timun dimana kegunaannya bertukar-tukar bergantung pada jenis resipi. Jika ia mempunyai biji yang telah sempurna terbentuk dan kulit yang tebal serta keras, maka eloklah biji dan kulitnya dibuang dahulu tetapi jika kulitnya nipis dan bijian hampir tidak kelihatan, gunalah seluruh buah ini.

Petua:

Hirisan timun akan kekal rangup untuk tempoh yang agak lama jika ia diletakkan di dalam air berais sebaik sahaja selepas dihiris.

Pilih timun yang tegang, tidak rosak dengan hujungnya berbentuk bulat dan berat. Elakkan membeli timun yang mempunyai bahagian-bahagian yang lembut atau hujung yang layu.

Dalam setiap jenis timun, cuba pilih timun yang lebih kecil atau halus – ia selalunya mempunyai rasa yang lebih elok dan biji yang sedikit.

\ \

 

Rujukan:

[1] http://www.asiafood.org/glossary_1.cfm?alpha=C
[2] http://www.recipetips.com/glossary-term/t--33220/cucumber.asp
[3] http://www.foodsubs.com/Squcuke.html
[4] http://blogs.timesunion.com/recipebox/wp-content/uploads/2007/08/rl-cucumber.jpg
[5] http://www.bigoven.com/uploads/cucumber.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan
Resepi Sihat Yang Berkhasiat!