Cendawan Tiram

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3931

Bahasa Inggeris: Oyster Mushroom
Nama Saintifik: Pleurotus ostreatus


Cendawan Tiram berbentuk kipas, tumbuh secara sekumpul  di kawasan liar dan kawasan penanaman, selalunya pada batang pokok yang sedang reput. Warnanya pelbagai, dari kelabu pucat, ke coklat gelap. Batangnya kelabu peputihan. Rasa cendawan tiram yang mentah sangat tajam dan sedikit pedas, tetapi menjadi sederhana setelah dimasak.

Rasa dan teksturnya dikatakan berjus, sedikit rasa seperti lada hitam, dan boleh digoreng lalu dijadikan makanan tambahan sesuai untuk masakan berkuah. Cendawan tiram tidak digalakkan dimakan mentah kerana mengandungi toksin semulajadi yang boleh mengganggu penghadaman. Apabila dimasak, bukan sahaja bacteria akan dibunuh, malah proses pemanasan akan menghapuskan dinding fungus dan mengeluarkan rasa yang enak.

oyster-mushroom

 

 

 

 

 

Rujukan:
http://www.innvista.com/health/foods/mushrooms/oyster.htm
http://www.answers.com/topic/oyster-mushroom
http://www.gourmetmushrooms.co.uk/images/oyster-cluster.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Rasa Asli Kari Sejati
Mudah & Lebih Nilai