Garam Masala

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3116

Garam Masala bermaksud rempah (masala) pedas (garam). Ia adalah campuran rempah-rempah yang mula digunakan di seluruh India.

Terdapat pelbagai jenis garam masala di India. Antara bahan yang biasa dicampur ialah lada putih & hitam, bunga cengkih, daun bay, jintan, kayu manis, pelaga, buah pala, bunga lawang, dan biji ketumbar. Campuran bahan-bahan ini bersama rempah lain menjadikan pelbagai variasi garam masala yang didapati di India.

Tidak seperti rempah campuran atau rempah kari lain, garam masala selalunya ditambah pada akhir proses memasak supaya rasanya yang rempah lebih menyerlah. ia juga kadang kala ditambah pada doh goreng untuk menambahkan rasa dan tekstur rempah. Dalam kedua-dua keadaan, guna garam masala dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak terlebih rasa. Garam masala sesuai disapu pada daging sebelum dimasak, atau ditambah ke dalam sos perapan untuk rasa yang lebih sedap.

garam-masala

 

 

 

 


Reference:
http://www.wisegeek.com/what-is-garam-masala.htm
http://www.food-india.com/ingredients/i001_i025/i003.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Garam_masala
http://www.soniyaskitchen.com/images/garammasala2.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!