Serai

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 2402

Nama Saintifik: Cymbopogon ciatrus
Nama Inggeris: Lemongrass


Serai mempunyai rasa seakan-akan limau dan boleh digunakan secara kering, serbuk atau segar. Tangkainya sukar untuk dimakan kerana keras tetapi bahagian dalamnya lembut. Serai boleh dipotong dan digunakan sebagai bahan dalam resipi. Ia juga boleh ditumbuk dan digunakan keseluruhan batang kerana ia akan membebaskan minyak aromatik daripada kantung jusnya.

Serai yang dikeringkan boleh didapati di dalam bentuk hirisan, dipotong, serbuk atau minyak yang dikeluarkan dari tangkainya. Serai selalunya digunakan di dalam minuman teh, sup dan kari. Ia juga sesuai untuk masakan yang menggunakan ternakan, ikan dan makanan laut.


Petua

Hirisan serai yang dikeringkan hendaklah direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan.

\

 

 

 

 

 

Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Lemongrass
http://www.theepicentre.com/Spices/lemongrs.html
http://vegbox-recipes.co.uk/ingredients/rogues-gallery.php

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!
Rasa Asli Kari Sejati