Belacan

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 2246

Nama Inggeris: Shrimp Paste

Belacan diperbuat daripada udang kara atau geragau yang ditumbuk halus dan diperam, kemudian dikeringkan di bawah matahari, dan dipotong ke bentuk segi empat tepat. Ia tidak sesuai untuk dimakan terus kerana mentah dan harus dimasak dahulu. Baunya seakan ikan busuk agak kuat tetapi jangan biarkan ini mengganggu selera anda. Apabila dimasak, bau ini akan hilang. Belacan adalah salah satu bahan yang sememangnya memberikan kelainan di dalam masakan, menambahkan tekstur, ‘ketajaman’, dan citarasa Asia Tenggara. Belacan banyak digunakan dalam masakan Malaysia, dan setelah dimasak, ia digunakan sebagai bahan dalam kuah mencicah untuk ikan atau sayuran/ulaman.

Petua:
Belacan boleh disimpan berbulan-bulan lamanya tanpa perlu disejukkan di dalam peti sejuk.

 

 

 

 

 

Ref:
http://en.wikipedia.org/wiki/Shrimp_paste
http://www.kk.org/cooltools/archives/001490.php

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Mudah & Lebih Nilai
Resepi Sihat Yang Berkhasiat!