3005
Bahasa Inggeris: Chicken
Ayam ialah ternakan yang popular dijadikan makanan lauk pauk utama di Malaysia. Selalunya terdapat beberapa jenis ayam dan yang utamanya adalah ayam daging (yang diternak untuk isi dagingnya) serta ayam telur (yang diternak untuk mendapatkan telurnya). Tiada batasnya memasak ayam - ia boleh dimasak dengan apa cara sekalipun - goreng, rebus, bakar, sup, gulai, panggang, dan sebagainya. Ayam juga banyak diproses untuk dijadikan bebola ayam, pati burger ayam, sosej ayam, dan nuget ayam.