2839
Nama Saintifik: Capsicum annum
Nama Inggeris: Bird’s Eyes Chilli Pepper / Thai Pepper
Cili ‘panas’ kecil ini tumbuh dengan bentuk buahnya seakan-akan menunjuk atau melunjur ke arah tanah dan lazimnya bertukar warna dari hijau ke merah. Bentuknya kurang berisi berbanding cili merah atau hijau tetapi mempunyai bijian yang banyak.
Walaupun saiznya kecil, namun cili padi terkenal dengan rasanya yang sangat pedas. Sentuhan dengan kulit tangan boleh menyebabkan rasa pedih dan lebih perit jika terkena mata. Juga dikenali sebagai Cili Thai, ia banyak digunakan dalam masakan Asia Tenggara. Cili padi harus digunakan dengan kuantiti yang sepatutnya untuk mengelakkan daripada masakan menjadi terlalu pedas. Kebanyakkan resipi mensyorkan agar cili ini dikeluarkan dahulu bijiannya dan ia selalunya digunakan dalam masakan kari.
Rujukan:
[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Thai_pepper
[2] http://www.lowfatlifestyle.com/flavoring/peppers_fresh_dried/thai.htm
[3] http://www.publix.com/wellness/notes/Display.do?id=Food_Guide&childId=Thai_Pepper