Daging Lembu

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3012

Nama Inggeris: Beef

Daging lembu adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh, daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.

Selain itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.

Reference:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Daging_lembu

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan