Betik

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 6006

Nama Saintifik: Carica papaya
Bahasa Inggeris: Papaya


Betik yang belum ranum berwarna hijau, sedikit pahit, dan isinya berwarna putih dengan tekstur rangup. Setelah ranum, betik bertukar warna oren, berisi manis dan berlemak. Betik tidak masak digunakan untuk membuat jeruk, manakala betik ranum dimakan sebagai buah.
Elakkan betik yang terlebih ranum. Bijinya jarang dimakan, denga rasa pedas seperti lada hitam. Kaya dengan Vitamin A, rasa betik boleh dienakkan lagi dengan meletakkan sedikit perahan air limau.

Tahukah Anda?
Buah dan daun betik mengandungi ‘papain’ yang membantu penghadaman dan digunakan untuk melembutkan daging. Lebih hijau buahnya, lebih aktif kandungan papain.

 

betik

 

 

 

 

 

Rujukan


[1] http://www.makantime.com/ingredientguide/index.htm
[2] http://www.recipezaar.com/library/getentry.zsp?id=149
[3] http://www.asiafood.org/glossary_1.cfm?alpha=P
[4] http://www.philippineherbalmedicine.org/papaya.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Resepi Sihat Yang Berkhasiat!
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!