9408
Nama Saintifik: Coriandrum sativum
Nama Inggeris: Cilantro / Chinese Parsley
Ketumbar digunakan secara menyeluruh - bergantung pada jenis masakan - kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Daun ketumbar mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan ‘bersabun’. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina, daun ketumbar berwarna hijau dan rasa yang tersendiri.
Aroma dan rasa daun ini sering dikatakan mempunyai persamaan dengan limau - ‘berlilin’ dan ‘bersabun’. Daun ini selalu digunakan segar dan kadang-kala ditabur ke atas hidangan yang sudah dimasak, dihancurkan atau dipuri ke dalam kuah sos, sup dan kari.

Rujukan:
[1] http://www.theepicentre.com/Spices/cilantro.html
[2] http://www.mccormick.com/content.cfm?id=8216
[3] http://www.uni-graz.at