Taugeh

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3454

Bahasa Inggeris: Bean Sprouts

Rakyat negara China telah menanam taugeh sejak 3000 tahun dulu. Selain kaya dengan protein, vitamin C, dan Folacin, ia menjadi makanan utama mereka yang ingin diet. Kajian mendapati satu cawan taugeh mengandungi sejumlah 26 kalori. Dalam perubatan Cina, taugeh dianggap sebagai makanan yang menyejukkan.

Tekstur dan rasa taugeh yang rangup dan sedikit manis, menambah rupa dan rasa bagi masakan Cina popular, dari telur gulung, kepada gorengan dan salad. Apabila taugeh digoreng, ia mengeluarkan sejenis protein yang tidak terdapat jika dimakan mentah. Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan tekstur rangupnya, jangan goreng lebih dari 30 saat.

Taugeh digoreng sebagai sayuran, selalunya bersama bawang putih, halia, daun bawang, atau ikan masin untuk menambah rasa. Taugeh ialah bahan utama dalam beberapa masakan Malaysia seperti char kuey teow, mee hokkien, mee rebus, dan pasembor.

bean-sprouts

 

 

 

 


Rujukan:
http://www.justphoyou.com/images/beansprouts.jpg
http://en.wikipedia.org/wiki/Mung_bean
http://chinesefood.about.com/library/weekly/aa092101a.htm

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan