Santan

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3569

Nama Inggeris: Coconut Milk

Santan adalah bahan asas masakan yang berwarna putih dan berasa manis, yang dihasilkan daripada isi kelapa matang. Kandungan minyak dan gula yang tinggi dalam santan memberikan warna dan rasa susu yang pekat. Jumlah kandungan air yang dicampur ke dalam parut kelapa menentukan kepekatan santan. Terdapat dua jenis santan: pekat dan cair. Santan pekat dihasilkan dengan memerah terus parut kelapa. Parut kelapa yang telah diperah tadi direndam dalam air suam dan diperah sekali atau dua kali lagi untuk menghasilkan santan cair. Santan pekat banyak digunakan untuk membuat pencuci mulut dan kuah sos pekat. Santan cair pula digunakan untuk sup, kari dan masakan biasa.

Tahukah Anda?
Santan mengandungi lemak tepu yang tinggi, tetapi ia lebih sihat berbanding produk lain yang juga mengandungi lemak tepu kerana lemaknya mudah di ‘proses metabolik’ kan oleh badan.

 

 

 

 

 


Ref:
http://en.wikipedia.org/wiki/Coconut_milk
http://www.wisegeek.com/what-is-coconut-milk.htm
http://www.pacificworlds.com/guam/stories/images/cocoanut.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan