2403
Nama Saintifik: Curcuma longa
Nama Inggeris: Turmeric
Kunyit dikenali melalui warna kuningnya yang terang. Ia mempunyai persamaan saiz dan bersaudara dengan halia. Rasa kunyit adalah seperti gabungan halia dan lada. Kunyit adalah agen pewarna yang kuat. Kunyit mempunyai karektor unik yang bersifat semulajadi dan rasa sedikit pahit tetapi tajam.
Kunyit merupakan bahan utama di dalam serbuk kari. Rizomnya dimasak, dikeringkan dan kemudiannya dikisar/ditumbuk untuk menghasilkan serbuk. Terdapat pelbagai aplikasi kunyit, antaranya di dalam minuman bertin, produk tenusu, produk panggang/bakar, ais krim, yogurt, biskut, warna bertih jagung, gula-gula, ising kek, bijiran, sos dan lain-lain.
Rujukan:
[1] http://www.mccormick.com/content.cfm?id=8205
[2] http://www.plantcultures.org/plants/turmeric_landing.html
[3] http://www.cmedtec.com/images/herbs_turmeric.jpg
[4] http://buywellness.com/images/Turmeric%20Powder.jpg