Kangkung

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3995

Kangkung merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan. Kangkung banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Kangkung banyak terdapat di kawasan Asia dan merupakan tumbuhan yang boleh dijumpai hampir di mana-mana kawasan berair.Hampir keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkong tua mempunyai serabut, kangkung pucuk muda adalah lebih digemari. Ia boleh dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam. Kangkong sering digoreng. Rempah dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kangkung

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Mudah & Lebih Nilai