3631
Bahasa Inggeris: Sour Cream
Krim masam ialah produk tenusu yang diperbuat dari krim dan sangat kaya dengan lemak. Ia serupa dengan yogurt, tetapi yogurt menggunakan bacteria berlainan untuk memerap susunya. Bakteria digunakan dalam krim masam menjadikannya tebal dan masam. Krim yang tidak dirawat agak manis, tetapi krim masam mempunyai rasanya tersendiri yang digemari ramai.
Krim masam selalunya dihidang begitu sahaja, sebagai sos tambahan kepada makanan. Ia diletakkan di atas kentang bakar atau sebagai pencicah kentang goreng. Krim masam juga banyak digunakan dalam membakar kek dan pastri, seperti pancake, waffle, biskut, dan muffin. Kadang-kala ia digunakan dalam resepi kek keju, digandingkan dengan krim keju untuk memberikan rasanya yang kaya. Seperti yogurt, krim masam melembutkan kek dan pastri yang dibakar. Selain itu, krim masam juga digunakan untuk memekatkan sos.
Tips:
Di dalam masakan, krim masam boleh digantikan dengan yogurt. Bukan sahaja ia baik untuk diet dan penghadaman, yogurt adalah kurang lemak dari krim masam.

Reference:
http://www.wisegeek.com/what-is-sour-cream.htm
http://styletips101.com/wp-content/uploads/2009/02/sourcream5.jpg