Asafoetida

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 5215

Asafoetida ialah bahan penting dalam masakan sayuran India. Ia dijual samada dalam bentuk  blok atau selalunya dalam bentuk serbuk. Asafoetida diperbuat daripada spesis jintan putih.

Jika tidak dimasak, Asafoetida mempunyai rasa yang kurang menyenangkan, seperti bawang putih reput. Walau bagaimanapun, apabila dimasak, ia mengeluarkan rasa yang sedap seperti campuran bawang putih dan bawang besar.

Asafoetida mempunyai rasa dan bau yang unik. Ia banyak digunakan dalam masakan India yang selalunya menggunakan kekacang dan sayuran seperti kubis bunga. Gunakan dalam masa singkat, dengan menambahkan Asafoetida terus kepada kuah yang sedang masak, minyak yang sedang menggoreng, atau dalam air yang sedang direbus. Ia juga sesuai dalam masakan ikan. Sesetengah pappadum pula ditambah perisa dengan Asafoetida.

Asafoetida dalam bentuk blok

Serbuk Asafoetida

 

 

 

 

 

Reference:
http://www.thespicehouse.com/spices/asafoetida-powder
http://www.theepicentre.com/Spices/asafetid.html
http://www.supremespice.com/hing.jpg
http://www.nandyala.org/mahanandi/images/inguva/hingimagecopyrighted4.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Rasa Asli Kari Sejati
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!