Cuka

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3286

Nama Inggeris: Vinegar

Cuka selalunya digunakan untuk membuat jeruk, melicinkan kuali, memerap daging, dan menambah bau yang kuat ke dalam kuah sos. Cuka dibuat dengan menambahkan sejenis bakteria dipanggil Acetobacter aceti ke dalam buah-buahan atau gandum yang diawet. Ini menghasilkan asid acetic yang memberikan rasa masam ke dalam cecair. Cuka memecahkan serat protein, jadi menambahkan ia ke dalam perapan atau cecair menumis-remeh dapat melembutkan daging. Cuka dapat mengurangkan rasa pahit dan memberikan keseimbangan rasa dalam sesuatu masakan.

Jika tidak dibuka, cuka dapat bertahan selama 2 tahun bila disimpan di dalam bilik yang sejuk dan gelap. Jika dibuka, ia harus digunakan dalam masa tiga sehingga 6 bulan.

 

 

 

 

Ref:
http://www.foodsubs.com/Vinegars.html

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!