4526
Nama Saintifik: Allium Cepa
Nama Inggeris: Onion
Bawang besar boleh didapati dalam bentuk segar, beku, tin, jeruk dan dinyahhidratkan (kering). Bawang besar setelah dipotong atau dihiris, boleh digunakan dalam hampir setiap makanan, sama ada sebagai bahan masakan, salad segar, dan juga bahan hiasan hidangan. Namun ia jarang dimakan begitu sahaja. Rasa bawang besar bergantung kepada kepelbagaiannya; ada yang pedas dan kuat tetapi ada juga ada yang sederhana dan manis.
Bawang besar adalah antara sayuran yang penting, merupakan bahan asas dalam masakan bukan sahaja dalam budaya kita tetapi juga di serata dunia. Sama ada sup, stew, goreng, salad atau sos, kemungkinan besar bawang besar adalah bahan resipinya. Bawang besar bukan sahaja menambah rasa tetapi juga keenakkan dan tekstur masakan.
Tips
Tahukah Anda?
Ketika bawang dipotong, sel-selnya berpecah dan menyebabkan enzim-enzim turut pecah menghasilkan asid sulphenic. Asid ini tidak stabil dan mengurai kepada gas yang mudah meruap. Gas ini kemudiannya tersebar melalui udara dan akhirnya sampai ke mata, dimana ia mempunyai reaksi dengan air lalu menghasilkan larutan asid sulfurik. Larutan inilah yang menyebabkan mata menjadi pedih dan kelenjar air mata seterusnya mengalirkan air mata untuk mengeluarkan larutan itu dari mata.

Rujukan:
[1] http://www.theepicentre.com/Spices/onion.html
[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Onion