Bayam

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 2037

Nama Saintifik: Spinacia oleracea
Nama Inggeris: Spinach


Bayam dihidangkan mentah sebagai daun hijau untuk salad, dimasak sebagai hidangan sayuran, atau digabungkan dengan bahan lain sebagai hidangan sampingan. Ia juga dikeringkan, dicincang, dan dicampur dengan bahan lain untuk dijadikan bahan perencah.

Bayam kaya dengan zat besi, vitamin A, dan vitamin C. Nutrisinya kekal apabila dimakan mentah. Jika direbus, nutrisinya akan dibebaskan ke dalam air namun apabila distim atau digoreng berlemak, jusnya boleh digunakan dalam masakan bayam supaya nutrisinya dapat diperoleh semula.

Ketika memilih, pilih bayam yang daunnya dan batangnya bewarna hijau gelap dan rapuh, elakkan yang lembik dan daun yang kelihatan rosak atau kekuningan.
Bayam berkecenderung untuk menjadi berkersik oleh itu ia harus dibasuh dahulu sebelum dimasak atau dihidang.

Bayam mengandungi kuantiti air yang banyak jadi jumlah yang banyak ketika dimasak akan berkurangan kerana ia menjadi kecut.

 

 

 

Rujukan:

[1] http://www.recipetips.com/glossary-term/t--34295/spinach.asp
[2] http://www.deliaonline.com/ingredients/spinach,239,IN.html
[3] http://www.liketocook.com/50226711/whb_106_spinach_and_chickpea_soup.php

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Resepi Sihat Yang Berkhasiat!
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!