3498
Nama Saintifik: Abelmoschus esculentus
Nama Inggeris: Lady’s Finger
Pokok bendi adalah jenis pokok yang berbunga dan berbuah. Buahnya berbentuk memanjang, mempunyai bijian yang banyak, dan mengeluarkan bendalir melekit apabila dimasak. Ia boleh digunakan sama ada sebagai bahan pemekat dalam sup dan stew, bahan masakan sup, stew, sayuran dan daging, atau sebagai salad di mana ia direbus, stim, direneh, ditumis atau digoreng.
Bendi sesuai dengan makanan berasid seperti jus limau, cuka, tomato dan pelbagai bahan perencah atau perasa. Ketika memilih, cari yang bersaiz kecil, 2 hingga 3 inci panjangnya. Bendi yang dibeli haruslah kelihatan segar, bebas dari kotoran dan tegang, bukannya lembik.

Rujukan:
[1] http://www.recipetips.com/glossary-term/t--33590/okra.asp
[2] http://www.dallasnews.com/sharedcontent/dws/img/v3