3713
Bahasa Inggeris: Parmesan Cheese
Keju Parmesan berasal dari Itali dan digunakan di serata dunia. Di Eropah, hanya keju yang diperbuat secara khas dari kawasan Itali terpilih yang boleh dilabel sebagai Keju Parmesan. Keju Parmesan sedikit masin dan bertekstur sedikit menggerutu. Ia digunakan sebagai penambah rasa pada pasta, pizza, atau sebagai bahan untuk berbagai jenis sos.
Keju ini diperbuat secara tradisional dengan mencampurkan susu penuh krim dengan susu skim hari sebelumnya. Susu tersebut dipanaskan dan dicampurkan dengan 'rennet' untuk menjadi adunan keju. Keju tersebut direndam dalam air garam dan dibiarkan selama sekurang-kurangnya dua tahun sebelum dijual.

References:
http://www.wisegeek.com/what-is-parmesan-cheese.htm
http://www.igourmet.com/images/topics/parm1.jpg