3522
Nama Saintifik: Zingiber officinale
Nama Inggeris: Ginger
Halia mengandungi sehingga 3% minyak pati yang menghasilkan haruman uniknya. Rizom halia muda berjus dan berisi serta mempunyai rasa yang sederhana, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut.
Halia banyak digunakan sebagai bahan perasa di dalam masakan. Ia boleh direbus dan dicampur ke dalam teh untuk dijadikan teh halia serta dimaniskan dengan menambah madu. Halia tua pula bersifat hampir kering dan berserat namun jusnya berkemampuan tinggi mengubati penyakit. Ia sering menjadi bahan rempah di dalam masakan Cina terutamanya makanan laut dan daging kambing. Ada juga gula-gula yang dibuat daripada halia serta menjadi perisa untuk biskut-biskut dan kek.
Jenis-jenis Halia
Halia mentah berwarna putih kekuningan manakala isinya kuning pudar. Ia merupakan bahagian rizom halia yang digelar hand.
Halia muda memberikan rasa yang paling segar. Ia selalunya dipungut dan dieksport ketika masih belum matang dengan kulit luarannya masih berwarna kehijauan. Ia boleh didapati di pasar-pasar berkonsep keTimuran.
Halia kering dijual sama ada berwarna hitam dengan kulit luarannya masih terlekat atau putih kerana kulitnya telah dikupas. Ia boleh didapati sama ada dalam keadaan asal ataupun telah dihiris.
Serbuk Halia berwarna kuning pucat terhasil apabila halia kering dikisar.
Halia di dalam tin dibuat daripada halia muda yang telah dikupas dan dihiris, kemudian direbus dalam air gula sebelum ditinkan untuk pasaran. Halia ini lembut dan berisi tetapi pedas.
Gula kristal halia juga direbus dengan air gula, kemudian dikeringkan dan dijadikan gula.
Jeruk halia dibuat dengan cara merendam hirisan halia yang halus seakan-akan kertas, di dalam campuran air cuka. Jeruk ini dikenali sebagai gari di Jepun di mana ia menjadi hidangan sampingan sushi, untuk menyegarkan rasa.
Tahukah Anda?
Halia mempunyai nilai yang penting di dalam perubatan Cina sejak turun-temurun lagi, dan disebut di dalam penulisan Confucius. Ia juga disebut di dalam Al-Quran, kitab suci umat Islam, membuktikan kewujudannya di negara-negara Arab dari tahun 650 masihi.
Rujukan:
[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Ginger
[2] http://www.theepicentre.com/Spices/ginger.html
[3] http://www.global-b2b-network.com/direct/dbimage/50353349/Ginger.jpg