Ovalette

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 482

Ovalette juga dikenali dengan nama lain seperti Quick75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel. Pengemulsi dan penstabil ini biasa digunakan di dalam pembuatan kek span, apam dan juga kek lapis.Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat. Dengan penggunaan ovalette, penggunaan telur boleh dijimatkan sehingga separuh daripada yang asal.

Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Ia juga boleh dibiarkan sebelum dibakar/ kukus tanpa menjejaskan ruang udara dalam adunan. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

Jika tidak mahu menggunakan ovalette di dalam adunan, anda boleh menggantikannya dengan susu pekat manis. Kegebuan pada kek dan apam juga boleh dicapai dengan cara:

1) memukul telur sehingga betul-betul kembang

2) memasukkan tepung ke dalam adunan dengan cara yang betul. Ini adalah langkah penting dalam menghasilkan kek yang gebu

Rujukan:

http://images.tastespotting.com/uploads/thumbnail/101747.jpg

http://yummy2mama.blogspot.com/2011/07/ovaletteapa-tu.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan
Rasa Asli Kari Sejati