Daging Kambing

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3426

Bahasa Inggeris: Lamb

Tanggapan salah bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol tinggi yang membahayakan jantung. Tanggapan ini tidak benar kerana ia berpunca daripada salah faham mengenai daging kambing biasa dan daging kambing biri-biri.

PERBEZAAN KAMBING DAN KAMBING BIRI-BIRI

Kambing (Goat)
- ekornya menegak keatas.
- biasanya diternak bagi mendapatkan hasil daging dan susu.
- daging kambing biasa dikenali sebagai ‘chevon’.
- daging bagi anak kambing dikenali sebagai ‘cabrito’ atau ‘capretto’.
- dagingnya rendah lemak dan rendah kolesterol.

Kambing biri-biri (Sheep)
- ekornya jatuh kebawah.
- diternak bagi mendapatkan bulunya.
- daging bagi kambing biri-biri dewasa dikenali sebagai ‘mutton’.
- daging bagi anak kambing biri-biri dikenali sebagai ‘lamb’.
- dagingnya mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi.

KEISTIMEWAAN DAGING KAMBING

Tidak seperti daging kambing biri-biri, daging kambing biasa mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang sangat rendah. Keistimewaan lain yang terdapat dalam daging kambing termasuklah:

- baik untuk jantung dan ia disyorkan oleh American Heart Association bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan yang melibatkan jantung.
- ia kaya dengan protein dan ratio lemak sihat.
- mengandungi zat besi dan potasium yang tinggi beserta dengan tahap sodium yang rendah.
- kandungan kalori dan kolesterolnya lebih rendah berbanding daging lembu dan ayam.
- tiada pencemaran hormon seperti daging ayam dan pencemaran bakteria sepertimana yang ada pada ikan.

Reference:
http://1001resepi.com/?p=478

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!
Rasa Asli Kari Sejati