Susu Cair

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 7272

Bahasa Inggeris: Evaporated Milk

Susu cair ialah produk susu, di mana 60% kandungan air dikeluarkan dari susu segar. Ia berbeza dengan susu pekat manis biasa yang mengandungi gula. Susu cair dihasilkan dengan membiarkan susu segar pada suhu tinggi supaya kandungan airnya disejat. Hasilnya menjadi susu tinggi kalori dan kaya vitamin A dan D, sama seperti susu segar. Disebabkan proses penyejatannya, susu cairmempunyai kandungan vitamin yang lebih pekat.

Gula bertindak sebagai pengawet, memanjangkan jangka hayat susu pekat manis biasa. Jadi, adalah penting untuk tahu perbezaan susu cair dan susu pekat manis, terutama apabila membakar kek dan pastri. Sesetengah resepi memerlukan susu pekat, manakala yang lain memerlukan susu cair. Jangan tukar kedua-dua bahan ini sebarangan, kecuali jika ingin menambah atau mengurangkan kadar gula dalam masakan.

Ada yang menggunakan susu cair untuk sos. Ia boleh menggantikan krim, malah kandungan kalorinya kurang dari krim. Ada juga yang suka menambah susu sejat ke dalam minuman teh atau kopi.

evaporated-milk

 

 

 

References:
http://en.wikipedia.org/wiki/Evaporated_milk
http://www.wisegeek.com/what-is-evaporated-milk.htm
http://ninecooks.typepad.com/photos/uncategorized/2008/08/19/sweetenedcondensedmilk1.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Resepi Sihat Yang Berkhasiat!
Rasa Asli Kari Sejati